Semalam ketika pulang menonton wayang, kami singgah kedai majalah untuk memeriksa kisah terbaru selebriti artis secara percuma.

Kami perasan akan kehadiran edisi terbaru majalah EH! di’sana dan sekilas pandang, kami tidak kenal siapa yang menjadi gadis penghias muka hadapan kali ini.

Lisa Surihani tampak begitu sofistikated dengan gaya & solekan berat di’bahagian mata sebegitu. Persis supermodel & pastinya selepas 14,000 langkah suntingan Photoshop.

Dalam edisi EH! Oktober 2011, Lisa Surihani di’petik berkata “Yusry, cinta hati saya” dan berbicara secara terbuka tentang kisah percintaan beliau dengan Yusry KRU ketika ini.

Salah satu fakta menarik yang boleh kami curi dari temubual EH! bersama Lisa Surihani — gadis ini pandai memasak ayam pedas & secara kebetulan itu adalah masakan kegemaran sang kekasih, Yusry KRU.

Mahu tahu lanjut apa yang Lisa Surihani bicarakan tentang kisah cinta beliau bersama Yusry KRU, dapatkan edisi terbaru EH! anda di’pasaran hari ini.