fbpx

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2018

Seperti ramai yang tahu, pada tahun ini, filem Dukun dan juga drama Pendosa Ingin Ke Syurga berjaya mengungguli malam
Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018). Sama seperti tahun lepas, majlis berprestij tersebut diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

BACA: Dukun & Pendosa Ingin Ke Syurga Ungguli ASK 2018

ASK kali ke-22 ini juga menampilkan kelainan kerana tidak menampilkan hos utama bagi mengendali malam anugerah tetapi dikendalikan oleh 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson dan Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar barisan selebriti yang hadir pada malam anugerah yang penuh gilang gemilang ini. Siapa anda rasakan yang paling menarik perhatian pada majlis anugerah kali ini? Enjoice! (rtky/s)