Malam ini sekali lagi para selebriti tempatan kegemaran anda diberikan peluang untuk tampil dengan gaya dan fesyen terkini di karpet merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang sedang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Acara karpet merah yang di’kendalikan oleh Scha al-Yahya & Iqram Dinzly ini telah pun disiarkan melalui TV3 sekitar 7.30 malam tadi sebelum acara kemuncak berlangsung pada 9.00 malam.

Bertemakan fesyen glamor, karpet merah Anugerah Skrin 2013 menyaksikan nama nama seperti Remy Ishak, Azlee Khairi, Neelofa, Tasha Shilla, Nabila Huda, Nora Danish & Emma Maembong tampil anggun dengan gaya pilihan mereka sendiri. Enjoice!