fbpx

Gantikan Awal Ashaari & Janna, Nabila Huda Pengacara Baru Melodi

Sejak minggu lalu, timbul desas desus mengenai siapa yang bakal menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai pengacara Melodi.

Namun, segalanya terjawab apabila pelakon Nabila Huda merupakan pengacara baru program hiburan tersebut.

BACA: Hikmah PKP, Nabila Huda Berjaya Khatam Dua Kitab Agama

Menurut Harian Metro, berdasarkan jemputan yang dihantar kepada pihak media memaklumkan TV3 akan mengadakan satu sidang media Isnin ini bagi mengumumkan pengacara baru Melodi, Muzik Muzik dan Nona.

Sidang media itu turut membabitkan sesi temubual bersama Nabila Huda untuk program Melodi. Selain itu, dalam sidang media berkenaan turut memperkenalkan barisan pengacara baharu untuk program Nona dan Muzik-Muzik.

Difahamkan, Amyra Rosli bakal menggantikan Mira Filzah untuk program Nona, manakala penyanyi Sissy Imann dilaporkan bakal mengacarakan program Muzik- Muzik.

Esok merupakan episod akhir dimana Awal dan Janna sebagai pengacara program hiburan popular itu.