fbpx

Hikmah PKP, Nabila Huda Berjaya Khatam Dua Kitab Agama

Hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, sebelum ini pelakon Nabila Huda mengakui ada hikmah disebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengubah kehidupannya ke arah lebih baik.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Nabila meluahkan rasa syukur apabila mereka sekeluarga hampir menghabiskan dua kitab agama dan tidak sabar melangkah ke kitab seterusnya.

BACA: Hikmah PKP, Nabila Huda Belajar Mengaji & Dekatkan Diri Dengan Allah

“Kita ke dua dah nak khatam. By next week kami dah masuk kitab ke tiga, Bidayatul Hidayah. Saya bersyukur sangat dengan waktu percuma yang ada ni. Terlalu banyak sangat ilmu yang saya belajar. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Perkongsian Nabila mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terinspirasi dengan kisahnya itu serta berminat untuk mempelajari kita berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen Nabila berkata dia mempelajari kitab tersebut bersama seorang ustazah yang memberikan penerangan lanjut untuk pemahaman lebih baik.