fbpx

Gangguan Seksual: Editor Kanan TV3 Didakwa Terlibat, Masih Bekerja

Berita lebih popular di’laman laman bermotifkan politik dari laman hiburan seperti kami.

Memetik laporan TVSelangor.com, seorang Editor Kanan TV3 sedang di’siasat berhubung kes gangguan seksual di tempat kerja beliau, Sri Pentas.

Menurut laporan, Editor Kanan TV3 yang mempunyai hubungan terus dengan kerajaan ini di’tuduh melakukan gangguan seksual terhadap empat orang mangsa.

Salah seorang dari mereka adalah pembaca berita TV3 dan Editor Kanan TV3 ini masih di’benarkan bekerja, namun salah seorang dari empat mangsa telah berpindah ke NTV7 atas permintaan.

Siasatan terhadap kes ini bermula apabila seorang mangsa menghantar e-mail mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Editor Kanan TV3 ini dengan menggunakan nama ‘Coco Girl‘.

Kertas siasatan juga di’laporkan sudah siap & kini terpulang kepada pihak pengurusan TV3 untuk mengambil tindakan atau tidak atas perilaku pegawai mereka.

Jika ini membantu untuk mengenalpasti siapa Editor Kanan TV3 yang di’maksudkan, beliau pernah bertugas di sebuah syarikat perladangan sebelum menyertai TV3 pada tahun 2009 sejurus Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Beberapa orang kakitangan kecewa kerana Editor Kanan TV3 ini masih di’benarkan bekerja di’kalangan mereka & tiada sebarang tindakan awal di’ambil berkaitan kes gangguan seksual beliau.

Tiada kenyataan rasmi di’keluarkan oleh  pihak Media Prima sehingga artikel ini di’tulis. Stay tuned!