fbpx

Kami sahaja atau anda pun boleh rasakan yang tayangan telemovie Patah Seribu pada malam ini seakan tayangan perdana sebuah filem yang di’nantikan oleh para peminat & pemerhati dunia hiburan.

Ini seperti yang anda sedia maklum merupakan gandingan pertama pasangan Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad di’kaca televisyen dan lakonan pertama untuk Shila Amzah. Sesuatu yang baru untuk anda.

Patah Seribu merupakan arahan pengarah telemovie yang sama membawakan kepada anda Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang berjaya memecahkan rekod tayangan dengan 1.1 juta penonton — Michael Ang.

Adakah Patah Seribu malam ini bakal mengatasi angka tersebut atau sekurang kurang’nya menyamai — anda tentukan. Jangan lupa 9.00 malam ini, di Astro Ria Saluran 104. Kembali ke’sini untuk review. Heh.