fbpx

Kenapa hari ini Rotikaya.com menjadi slowpoke? Malam tadi server terletaknya segala data kami menjalani penyelenggaraan dan penulis mogok lalu tidur sehingga pagi. TMI. We know.

Dua hari lalu, Yuna yang kini sibuk berulang alik dari bumi USA dan Malaysia melancarkan sebuah album baru khas untuk pasaran & peminat Malaysia.

Album berjudul Terukir Di Bintang ini mengandungi lapan buah lagu termasuk tiga lagu berbahasa Inggeris yang di’rakamkan di USA.

Setakat ini, lagu kegemaran kami masih sebuah single berjudul Someone Out of Town yang telah di’perkenalkan kepada umum melalui MTV dan media online beberapa minggu yang lalu. 

Apabila kami ajukan persoalan sama ada isi kandungan album baru ini sama dengan album yang bakal di’edarkan ke Amerika Syarikat, Yuna menjawab yang album untuk pasaran luar mempunyai material yang berlainan.

Menurut Yuna, beliau akan pulang ke Amerika Syarikat selepas selesai’nya Anugerah Juara Lagu ke 26 dan akan mula mempromosikan album sulung beliau di’sana selepas ini.