fbpx

Gambar: Yuna Di Karpet Merah Tayangan Perdana Filem ‘Savages’, LA

Gambar: Yuna Di Karpet Merah Tayangan Perdana Filem 'Savages'Kalau anda belum tahu, maknanya anda bukan pembaca tegar Rotikaya. Okay gurau. Yuna merupakan salah seorang yang menyanyikan soundtrack untuk filem Savages.

Perlukah anda peduli anda tanya? Tanya diri sendiri. Berapa ramaikah penyanyi Malaysia mampu sumbangkan suara untuk filem yang di’bintangi oleh A-lister John Travolta.

Baru baru ini berlangsung’nya majlis tayangan perdana Savages di Westwood Village, Los Angeles yang turut di’hadiri oleh semua pelakon utama & juga pengarah, Oliver Stone.

Yuna yang mendendangkan Here Comes The Sun nyanyian asal The Beatles untuk filem Savages ini turut di’undang ke majlis ini & ini beberapa keping gambar Yuna di karpet merah.

Juga, dengarkan buat pertama kali rendisi tersendiri Yuna untuk lagu Here Comes The Sun selepas ini. Harapnya filem Savages sampai ke Malaysia nanti.