fbpx

Gambar: Yuna Dan Qi Di Karpet Biru Celcom Anugerah Industri Muzik Ke 18

Tabahkan’lah diri anda sepanjang hari minggu kerana berdozen dozen gambar selebriti sekitar Anugerah industri Muzik ke 18 (AIM 18) akan di’pamerkan buat mereka yang berminat.

Sebagai penghargaan buat Yuna yang berjaya merangkul tiga anugerah termasuk Anugerah Kembara pada majlis malam tadi, kami paparkan koleksi gambar karpet biru beliau bersama Qi terlebih dahulu.

Pasangan kekasih ini melangkah masuk ke gerbang AIM 18 penuh bergaya walaupun Qi kelihatan begitu ringkas dengan persalinan beliau — tetapi Yuna kekal elegan dengan pilihan busana rona merah jambu & hitam.

Kemenangan Penakut dendangan & ciptaan Yuna mencetuskan sedikit kontroversi apabila di’katakan tidak memenangi mana mana kategori lagu tetapi di’angkat sebagai Lagu Terbaik — RIM pantas menjawab Lagu Terbaik adalah penilaian yang berbeza berbanding kategori.

Lagi gambar Yuna & Qi di karpet biru Celcom Anugerah Industri Muzik ke 18 yang berlangsung malam tadi selepas ini. Tahniah buat Yuna atas kemenangan besar & enjoice!

Gambar terima kasih buat jurugambar professional IJAT (Tel: 012-2413287) eksklusif buat pembaca laman hiburan Rotikaya.com