fbpx

Gambar & Video: Olivia Jensen Bercakap Tentang Filem & Kamal Adli

Seingat kami, ini merupakan kali pertama kami bertemu mata dengan seorang pelakon bintang dari tanah seberang Indonesia.

Jumaat yang lalu, kami ke FINAS untuk menyaksikan proses dubbing terakhir filem terbaru Ahmad Idham berjudul Gerimis Mengundang.

Filem ini merupakan kerjasama antara dua negara Malaysia & Indonesia yang mana kita semua di’wakili oleh Excellent Pictures dan ERAMA Creative Sdn Bhd dan sebuah produksi dari Indonesia, Wanna-B Pictures.

Gerimis Mengundang bukan sahaja kerjasama dua negara tetapi juga menampilkan hero & heroin dari negara masing masing — Kamal Adli & Olivia Lubis Jensen.

Filem yang menjalani penggambaran 100% di Sabah ini sudah hampir siap dan proses dubbing ketika artikel ini di’tulis sudah pun berjaya di’habiskan.

Menurut Olivia Jensen, ini merupakan pertama kali dalam karier beliau di’mana proses dubbing di’lakukan untuk seluruh filem kerana di Indonesia dubbing hanya untuk memperbaiki kualiti audio dalam sesetengah bahagian.

Filem Gerimis Mengundang akan menemui penonton di Malaysia & Indonesia secara serentak pada Mac 2012 ini. Sementara itu, layankan video temubual eksklusif kami bersama Olivia Jensen. Enjoice!