fbpx

Gambar & Video Eksklusif Perkahwinan Kim Kardashian Mula Kelihatan

E! adalah satu satunya stesen televisyen rasmi yang di’benarkan untuk membuat liputan di majlis perkahwinan Kim Kardashian & Kris Humphries.

Maka tidak hairanlah gambar & video majlis perkahwinan mereka hanya timbul selepas 24 jam, itu pun setelah pasukan E! melepaskan video pendek liputan mereka.

Dalam video yang di’lepaskan oleh E! melalui laman rasmi mereka & Youtube, Ryan Seacrest  yang merupakan salah seorang jemputan khas mengacarakan E! News Special Sunday khas untuk majlis Kim Kardashian.

Video menunjukkan Kim Kardashian yang sibuk menjalankan pengambaran sehingga saat saat akhir sebelum menaiki kereta mewah Maybach ke lokasi perkahwinan.

Perkahwinan mereka yang berlangsung mewah di rumah agam mewah milik bekas CEO Google, Eric Schmidt & anda boleh saksikan betapa mewah dan ekslusif’nya perkahwinan Kim Kardashian ini. Enjoice!

http://www.youtube.com/watch?v=17dpZ0M9uxs