fbpx

Ahad lalu buat pertama kalinya band Rock Amerika, The Killers telah telah membuat penampilan di hadapan lebih 7,000 peminat mereka pada konsert yang berlangsung di helipad Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Kuala Lumpur.

Kira-kira jam 9.30 malam, The Killers membuka tirai persembahan dengan Mr. Brightside, Lagu yang melonjakkan populariti nama band ini sekaligus buat sekalian peminat yang ada di padang tidak keruan dibuatnya.

Suasana terus hangat apabila konsert selama 1 jam setengah ini menyaksikan peminat-peminat ikut sama menyanyi tanpa henti tatkala dipamerkan persembahan mantap dan penuh bertenaga menerusi deretan lagu antaranya dari petikan album debut merekahingga lah album terkini mereka, ‘Battle Born’ (2012).

Ditubuhkan pada 2001, band berasal dari Las Vegas, Nevada yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Brandon Flower (vokal utama, keyboard), Dave Keuning (gitar), Mark Stoermer (basist), dan Ronnie Vanuncci Jr. (drum, percussion) ini persembahan lagu antaranya ‘Somebody Told Me’, ‘All These Thing I’ve Done’, ‘Smile Like You Mean It’ dan ‘When You Were Young’.

The Killers Live in Malaysia 2013 direalisasikan sempena siri jelajah promosi album Battle Born. Konsert ini dibawakan oleh Future Sound Asia.