fbpx

Kami mahu cuba cuba untuk meniru aksi paparazzi Hollywood yang mengambil gambar kasual selebriti di Malaysia. Mana tahu nanti kami akan ada team pengintip sendiri. Heh.

Malam kelmarin, ketika Team Rotikaya baru sahaja habis sessi makan malam bersama di sebuah restoran popular sekitar Damansara, kami ternampak kelibat Fiza Elite dari jauh.

Agak lama kami perhatikan gelagat Fiza Elite bersama seorang lelaki yang tidak kami kenali ini berbual dalam situasi yang agak serius namun kadangkala terdengar juga ketawa kecil selebriti ini.

Pada mulanya, kami sangkakan lelaki ini merupakan ayah kepada Erin Malek yang hangat di'gossipkan bersama Fiza Elite tidak lama dahulu — namun kami positif ini bukan orang'nya.

Lagi gambar Fiza Elite bersama seorang lelaki yang bakal popular kerana gossip yang berjaya di'tangkap oleh jurugambar kami secara sembunyi selepas ini. Enjoice!

zp8497586rq