fbpx

Gambar Sosial Tersebar, Bunga Citra Lestari Kembali Ke Perangai Lama?

Setiap hari mengikuti kisah dunia selebriti Indonesia, budaya foto tersebar ke internet bukan satu perkara baru untuk mereka.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Beberapa jam yang lalu, media baru industri hiburan Indonesia di’kejutkan dengan penyebaran beberapa keping gambar sosial yang di’dakwa milik Bunga Citra Lestari (BCL).

Dalam set yang mengandungi 4 keping gambar ini menunjukkan Bunga Citra Lestari sedang asyik berparti — dan memegang gelas minuman keras, juga merokok.

Pengarah Indonesia bernama Rizal Mantovani juga kelihatan dalam beberapa keping gambar yang sedang hangat di’bincangkan di’seluruh forum hiburan Indonesia. Persoalan, adakah ini benar Bunga Citra Lestari?

Ada yang mendakwa barisan gambar ini sengaja di’bocorkan ke internet oleh kerana Bunga Citra Lestari bakal keluar dengan album baru beliau tidak lama lagi — tidak kurang juga mendakwa isteri Ashraf Sinclair ini sudah kembali ke tabiat lama beliau sebelum berkahwin.