Kami baru sedar yang hari ini kebanyakan dari kalian sedang bercuti. Termasuk esok.
Di kesempatan ini, kami ingin ucapkan selamat tahun baru Islam & bentuklah azam yang baik baik untuk sepanjang tahun hadapan.
Kembali kepada gambar nan sekeping di’sebelah ini.
Jika anda sering tertanya-tanya (macam tiada kerja lain), bagaimanakah rupa bilik persalinan pengacara tersohor negara, Aznil Hj Nawawi, ini dia.
Gambar ini di’kirimkan oleh Awal Ashaari yang baru-baru ini di’beri penghormatan untuk menggunakan bilik ini yang mengikit tuan punya badan merupakan bilik persalinan Aznil.
Bertuahnya badan, bilik persalinan sahaja ada mini chandelier. Kau mampu?