fbpx

Gambar: Siti Saleha Idam Kedudukan Dalam 10 Pelakon Terbaik Malaysia

Malam semalam, ketika majlis rumah terbuka Astro, kami di’tempatkan di sebuah meja berhadapan meja Siti Saleha. Tidak kenyang mata kami menatap.

Dalam kesempatan bertemu Siti Saleha, kami sempat merakamkan beberapa keping foto untuk tatapan anda, itu selepas ini.

Agak melampau bukan kalau kami katakan yang kami baru tahu Siti Saleha merupakan adik kepada Sam Bunkface, terima kasih kepada KOSMO! semalam.

Di ruangan dalam akhbar tersebut, Siti Saleha di’ajukan soalan tentang apa yang beliau impikan dalam kehidupan secara peribadi dan karier 10 tahun dari sekarang?

Siti Saleha berkata beliau kini sedang dalam usaha menghabiskan pelajaran supaya mampu membahagiakan ibu & bapa’nya di’masa hadapan.

Beliau turut bercita cita untuk mempunyai sebuah syarikat produksi sendiri supaya boleh menerbitkan produk iklan beliau sendiri.

Dalam karier menurut Siti Saleha, beliau bercita cita untuk bergelar salah seorang daripada 10 pelakon terbaik Malaysia & jika ada rezeki, melebarkan bakat ke Indonesia & Filipina.

Gambar Siti Saleha ketika majlis Rumah Terbuka Gempak Raya Astro 2011 selepas ini. Enjoice!