fbpx

Gambar: Siti Nordiana Kini Bertudung, Bukan Kerana Mengikut Fesyen

Selamat kembali semua dari cuti yang panjang. Bagaimana Hari Malaysia anda? Sudah kembali bersemangat untuk berkhidmat untuk negara?

Hari pertama ini mari kita mulakan kisah selebriti tempatan dengan perkhabaran yang baik, contohnya seperti Siti Nordiana yang kini sudah muncul dengan imej baru.

KOSMO! melaporkan hari ini yang Siti Nordiana kini tampil dengan imej bertudung sebagai satu perubahan buat diri beliau dan anak.

“Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.”

“Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim,” kata Siti Nordiana kepada media.

Menurut Siti Nordiana, syarikat rakaman naungan beliau, FMC Music akan mula mencari lagu baru yang sesuai dengan imej terkini Siti Nordiana.