fbpx

Gambar: Shila Amzah Layak Ke Peringkat Akhir Asian Wave Competition

Gambar: Shila Amzah Layak Ke Peringkat Akhir Asian Wave CompetitionBerita ini mungkin bukan baru untuk peminat tegar Shila Amzah tetapi ia masih sesuatu yang baik untuk di’kongsikan dengan peminat hiburan yang lain’nya. Heh.

Bermula 31 Ogos sehingga 6 September lalu, Shila Amzah telah menyertai peringkat awal pertandingan Asian Wave yang menyaksikan penyertaan ramai bakat besar Asia.

Dengan barisan 30 artis yang menyertai pertandingan ini, Shila Amzah merupakan salah seorang daripada 12 peserta yang layak bertanding di peringkat akhir nanti.

Menurut kenyataan daripada penyanyi ini sendiri, pertandingan akhir Asian Wave akan berlangsung pada 20 September dan di’ikuti konsert besar empat hari kemudian.

Tahniah buat Shila Amzah dan penyanyi bersuara merdu ini sempat berkongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua selepas ini. Enjoice!