fbpx

Gambar: Senarai Giliran Persembahan Lagu Untuk Anugerah Juara Lagu Ke 27

Sebulan dari sekarang, Anugerah Juara Lagu ke 27 bakal kembali. Selepas kemenangan lagu Awan Nano tahun lalu, lagu manakah pula bakal dinobatkan juara? 12 lagu terbaik hasil nukilan komposer dan penulis lirik masing masing, Anugerah Juara Lagu yang ke 27 akan berlangsung pada 6 Januari 2013 dan dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil jam 9.00 malam.

Berikut merupakan senarau 12 buah lagu terbaik yang bakal berentap mengikut giliran persembahan masing masing:

01: Bedroom Sanctuary – Lagu
02: Black feat. RJ – Teman Pengganti
03: Shila Amzah – Patah Seribu
04: Azlan ATT – Idola
05: Stacy – Pelangi Senja
06: Hafiz & Adira – Ombak Rindu
07: Amir Jahari – Tanpamu
08: Hafiz – Ku Akui
09: Yuna – Terukir Di Bintang
10: MOJO – Andai Ku Bercinta Lagi
11: Hazama feat. Amy Search – Simetri
12: Jimmy Palikat feat. One Nation Emcee – Anak Kampung

Anugerah Juara Lagu kali ini membawakan elemen “ekspresi seni” sebagai konsep dan tema persembahan. Juara akan memenangi trofi dan wang tunai RM 35,000. Naib juara membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000. Tempat ketiga membawa trofi dan wang tunai RM 12,000. Persembahan terbaik, memenangi trofi dan wang tunai RM 10,000 dan vokal terbaik akan menerima trofi dan wang tunai RM 10,000. Persembahan terbaik adalah diadili seratus peratus oleh undian sms.

Seperti tahun tahun sudah, AJ

L27 masih mengekalkan Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai hos. Istimewanya AJL kali ini, acara purple carpet akan menggandingkan pelakon Miera Liyana dan Kamal Adli sebagai hos dan ditemani hot momma, Sazzy Falak bermula jam 7.30 malam dibawakan secara langsung melalui laman web rasmi AJL27, www.tv3.com.my/ajl27

Laman web rasmi AJL27 juga menganjurkan peraduan Tiru Gaya Artis. Peserta hanya perlu melakonkan kembali segmen persembahan 14 pemenang AJL sejak tahun 1986 sehingga 2001 dan boleh menghantarkan video tiru gaya artis secara online mulai 3 Dis hingga 20 Dis 2012. 10 peserta terbaik akan dipilih ke pusingan akhir yang ditentukan oleh undian awam. Pemenang bakal memenangi wang tunai RM5,000 serta menjadi tetamu istimewa di malam AJL27 nanti.

Roadshow AJL27 akan diadakan pada 23 Dis 2012 di Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Melaka disertai Stacy, Black & RJ, Hazama, Mojo, One Nation Emcee & Jimmy Palikat, Azlan ATT dan Amir Jahari bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Orang ramai boleh datang beramai ramai untuk beramah mesra bersama artis kegemaran anda.

Kepada orang ramai yang mahu menyaksikan AJL27 di Stadium Putra Bukit Jalil boleh mendapatkan tiket-tiket VIP ekslusif melalui Hot FM dan MyTV3. Manakala tiket tiket percuma boleh didapatkan percuma di Balai Pengawal, Sri Pentas Bandar Utama pada tarikh yang akan diberitahu nanti.

zp8497586rq