Ramai sebenarnya ingin mengetahui status kesihatan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K yang juga merupakan suami kepada penyanyi kesayangan kita Dato’ Siti Nurhaliza.

Semalam buat pertamanya kali sejak terlibat dengan sebuah kemalangan jalanraya di Queenstown, New Zealand Datuk K muncul di’khalayak ramai menghadiri sebuah majlis di Putrajaya.


Beliau yang masih memakai alat sokongan leher kelihatan ceria menemani Siti Nurhaliza di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara di Kompleks Seri Perdana.

“Saya masih perlu menjalani fisioterapi untuk tempoh sebulan dua lagi — Alhamdulillah sekarang sudah boleh menjalani rutin kerja seperti biasa”

Datuk K turut memberitahu yang beliau masih sakit di pergelangan tangan dan leher akibat kemalangan itu.