fbpx

Gambar: Selebriti Sekitar Jelajah Singgah Sahur 2012 Di Muar, Johor

Boleh kami katakan yang program Singgah Sahur terbitan TV3 ini kini sudah menjadi salah satu program penting di bulan Ramadhan setelah bersiaran sehingga musim ke-9.

Hujung minggu lalu penduduk Muar menerima kunjungan krew Singgah Sahur untuk menyelami pengalaman & berkongsi cerita bersama insan-insan yang diraikan serta penduduk kampung.

Berbeza dengan episod Singgah Sahur sebelum ini, menerusi episod 7 yang bakal bersiaran pada 12 Ogos ini, program ini akan di’serikan dengan kehadiran tetamu istimewa.

Mereka adalah YB Dato Noraini Binti Ahmad,Ahli Parlimen Parit Sulong dan Datuk Rahim Razali, Ahli Parlimen Muar merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Dan pastinya penyeri program Singgah Sahur untuk edisi Muar ini menyaksikan Johan As’ari, Izara Aishah & Danny X-Factor selain beberapa personaliti TV3 yang turut serta.

Kemeriahan sambutan dari penduduk Muar sendiri agak luar biasa. Walaupun acara diadakan seawal 3.00 pagi, penduduk kampung sanggup datang untuk memeriahkan program.

Antara agenda yang menjadi tumpuan melalui program Singgah Sahur kali ini adalah menziarahi pesara guru yang sakit, pesara guru yang berusia dan pesara guru yang uzur. Menariknya kali ini turut diselitkan salah seorang penulis jawi di Utusan Melayu iaitu Pak Mat Lob.

Selain menjamu selera bersama, kami turut berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti tradisional seperti ‘rewang’ (gotong-royong) & penyembelihan lembu korban bersama penduduk kampung.