Mungkin sedikit terlambat kami paparkan acara karpet merah untuk majlis anugerah terbaru di Malaysia ini, tetapi pastinya anda tetap ingin menatap fesyen para pelawak & selebriti kita sebagai inspirasi. ‘Kan?

Bersiaran secara langsung pada Jumaat lalu menerusi Astro Warna juga Mustika HD, Anugerah Lawak Warna menyaksikan AC Mizal & Neelofa bertindak sebagai pengacara.


Barisan penyampai anugerah turut menceriakan lagi majlis seperti Eby Yus, Rozita Che Wan, Hans Isaac, Tasha Shila, Faizal Hussein, Ifa raziah, Sharifah Sakinah, Boboi dan ramai lagi.


Penonton juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Que Haidar dan Khir Rahman dengan lagu Teratai, Aizat, Noh (Hujan), Man Kidal, Amir Jahari dan Waris. Memang gempak!

Malam itu juga menyaksikan penguasaan filem romantik komedi Istanbul Aku Datang yang membawa pulang empat anugerah utama iaitu Filem Komedi Terbaik, Pengarah Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) dan Lakon Layar Komedi Terbaik.