fbpx

Gambar: Sekitar Persembahan Artis Di Road Show Anugerah Juara Lagu Ke 26

Selepas satu, satu kami terbitkan kisah berkaitan Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26). Jangan anda muntah hendak membaca sudah.

Kalau anda belum tahu, hujung minggu nan lalu, pihak TV3 dan rombongan artis juga media telah ke selatan tanah air untuk satu road show khas buat rakyat jelata Johor Bahru, Johor.

Kami bertuah kerana dapat sertai rombongan ini kerana semua yang turut serta memang cool habis dan juga jadual program yang menyeronokkan. Eceh.

Antara artis artis yang hadir memeriahkan road show AJL 26 ini ialah Aizat, Projek Pistol, Alyah, Ning Baizura, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Hafiz & undangan khas Hazama juga kumpulan 90’an Ilusi.

Berani kami katakan hampir 15,000 peminat muzik Malaysia yang hadir ke Plaza Angsana petang itu terhibur dengan persembahan barisan artis yang ada. Jika mahukan lebih, jangan lupa Anugerah Juara Lagu ke 26 pada 29 Januari ini di TV3. Barisan gambar selepas ini. Enjoice!