fbpx

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Hafiz Suip, Nureffy

Tahniah kepada pengantin baru Hafiz Suip dan juga Nureffy kerana telah selamat bergelar suami isteri pada 14 Mei di kediaman pengantin perempuan. Syukur juga kerena pasangan ini terlebih dahulu diuji apabila isteri Hafiz telah diserang denggi tidak lama sebelum hari perkahwinan mereka.

BACA: Hafiz Suip, Nureffy Selamat Diijabkabul

Setelah selesai pernikahan mereka, majlis resepsi pasangan ini kemudiannya berlangsung pada sebelah malam, juga pada hari yang sama di Hotel Pullman Kuching, Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri beberapa rakan artis lain malah Akim Ahmad turut diundang menyanyikan lagu buat pasangan ini.

Apa pun, semoga perjalanan rumahtangga Hafiz Suip akan terus bahagia dan dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi berlangsung. Enjoice!