fbpx

Hafiz Suip, Nureffy Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada Hafiz Suip dan juga pilihan hati, Nureffy kerana telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz bersama mas kahwin RM120 di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

BACA: Hafiz Suip Kongsi Gambar Pra Perkahwinan

Dalam majlis tersebut, Hafiz telah dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Haji Fauzi. Selain itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan selebriti dan juga saudara mara terdekat Hafiz dan juga isterinya.

Gambar Ihsan: Ministry of Moment