fbpx

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Qazem Nor & Embun, Resepsi 3 November

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Qazem Nor & Embun, Resepsi 3 NovemberNama Qazem Nor tiba tiba menjadi perhatian selepas kisah majlis resepsi perkahwinan beliau terpaksa di’batalkan selepas penaja menarik diri saat saat akhir.

Namun, itu bukan penghalang jodoh antara Qazem Nor dan Embun atau nama sebenar Nur Azuriana Amiruddin dan mereka telah pun selamat bergelar suami isteri pagi.

Dengan hanya sekali lafaz, Qazem Nor selamat bergelar suami kepada Embun dengan mas kahwin bernilai RM300 & hantaran perkahwinan berjumlah RM12,000.

Pasangan ini telah selamat di’ijabkabulkan oleh Imam 2 Masjid As-Sobirin Lembah Keramat, Ustaz Mohd Sayuti Ismail dan berlangsung di masjid yang sama hari ini.

Bercakap kepada media selepas majlis selesai, Qazem nor mengakui yang beliau merasa gemuruh juga takut walaupun ini bukan perkahwinan pertama buat beliau, atau pun Embun.

Qazem Nor yang telah menduda sebelum ini selama 8 tahun berkata yang resepsi perkahwinan tetap akan berlangsung pada 3 November ini namun masih belum ada lokasi.