fbpx

Gambar: Sekitar Majlis Penyerahan Kembali Trofi Lagu Terbaik AIM 2011

Untuk tempoh 24 jam yang akan datang, isu pemulangan trofi melibatkan Yuna ini akan tetap menjadi bahan sembang meja bulat seluruh Malaysia.

Anda akan baca di’dada akhbar utama hari ini, tonton berita di televisyen tentang kisah yang mencatat sejarah dalam dunia industri hiburan tanah air.

Segala kesilapan telah di’akui oleh pihak terlibat dan Yuna sendiri berkata beliau menerima semua ini dengan hati terbuka — dan Edry Abdul Halim kagum dengan sikap cool Yuna petang semalam.

Majlis penyerahan kembali trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM 2011) ini kepada Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim & nyanyian Anuar Zain ini tidak dapat di’tonton umum.

Kami lampirkan beberapa keping gambar ketika majlis ini berlangsung untuk tatapan ringan anda di’pagi Jumaat ini. Masih tidak terlambat, tahniah buat Edry Abdul Halim & Anuar Zain.