fbpx

Gambar: Sekitar Majlis Pelantikan Neelofa Sebagai Duta Tilam King Koil

Gambar: Sekitar Majlis Pelantikan Neelofa Sebagai Duta Tilam King KoilOleh: Adie Zhafran

Sepanjang minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu Neelofa. Walaupun kontravesi yang melanda diri beliau, namun rezeki yang diterima anak seni ini begitu memberangsangkan. Heh!

Buat julung kalinya, King Koil jenama tilam tersohor di Malaysia mengambil seorang selebriti sebagai duta jenama tilam King Koil. Secara tidak langsung, Neelofa merupakan duta pertama yang dilantik oleh King Koil.

Perjalanan hidup seni Neelofa yang sedang meningkat naik ini menarik minat King Koil untuk melantik beliau sebagai duta jenama ini. Pihak King Koil begitu tertarik dengan gaya beliau yang versatil, bertenaga & punyai personaliti yang dinamik.

Lamaran dari pihak King Koil untuk melantik Neelofa sebagai duta telah dibincangkan sejak Mei 2012 & dalam kesibukan beliau menjalani penggambaran, ia’nya telah membuahkan hasil melalui kontrak selama tiga tahun sebagai duta King Koil.

Bercakap ketika sidang media, Neelofa begitu teruja menerima tawaran ini. Neelofa turut berkongsi bahawa beliau sedang bercuti rehat selama sebulan dari bidang lakonan ketika ini.

Sebagai salah satu langkah promosi produk daripada King Koil, satu sesi ramah mesra bertemu peminat bakal diadakan pada 2 November 2012 sehingga 4 November 2012 di Viva Furniture Mall, Cheras, Kuala Lumpur. Jom ramai-ramai memeriahkan acara ini kelak. Enjoice!