Baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Sari Yanti baru baru ini ada berkongsikan gambar di sekitar majlis berinai yang turut dihadiri rakan selebriti yang lain.

BACA: Sekitar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu, Sari Yanti

Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti telah selamat bergelar suami isteri pada 25 Februari 2017. Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada hari ini di Dewan Mercu Mustapha Kamal.

Bagaimanapun sehingga kini pasangan ini bagaikan cuba mengelak untuk ditemuramah oleh pihak media. Malah sebelum ini pihak media juga dilarang untuk menghadiri majlis pernikahan mereka.

Masing masing sudah cukup matang rasanya untuk berhadapan dengan media di Malaysia ini. Ia umpama satu ekosistem yang saling membantu. Apa pun semoga pasangan pengantin baru ini bahagia. Kami kongsikan gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung. (rtky/s)

Gambar Ihsan: CST Production