Oh tengoklah betapa gagah’nya Kamal Adli memangku heroin di sessi latihan penuh teater Gerimis Mengundang yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Team Rotikaya berkesempatan ke lokasi latihan mereka awal petang semalam untuk menyaksikan sessi latihan penuh untuk pementasan yang bakal bermula malam ini.


Kamal Adli pada hemat kami telah berjaya menyampaikan emosi dan perasaan beliau kepada hadirin walaupun kami hadir agak lewat.

Babak terakhir yang memerlukan Kamal Adli menangis seakan anak kecil kehilangan alat permainan memang kami yakin menjadi senjata utama untuk membasahkan airmata penonton yang hadir menonton ke Panggung Sari, Istana Budaya bermula malam ini. 

Teater Gerimis Mengundang yang turut tampilkan Mikha Tambayong, aktress dari Indonesia sebagai teraju utama akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 27 Mac hingga 8 April 2012 hadapan.

[nggallery id=”11″]