fbpx

Sebelum bercuti semalam, kami jalankan tugas terakhir kami dengan membuat liputan untuk konsert solo Pitbull di Taman Tema Sunway Lagoon.

Pitbull di’bawa masuk ke Malaysia kali ini oleh JS Concert, syarikat yang sama membawa masuk Justin Bieber, Paramores & Whitesnakes sebelum ini.

Selepas ini, JS Concert akan membawa masuk lagi nama nama besar dalam dunia muzik dunia seperti Simple Plan (Januari 2012) dan Avril Lavigne (Februari 2012).

Walaupun hujan lebat melanda seluruh kawasan Surf Beach, Sunway Lagoon sejam sebelum konsert bermula, itu tidak menghalang lebih 5,000 peminat untuk terus menanti kemunculan Mr. Worldwide, gelaran buat Pitbull.

Pitbull yang tampil bermula jam 10.00 malam menyampaikan hampir semua lagu hits beliau di’atas pentas malam itu dan kemunculan tidak sampai 60 minit itu memang meninggalkan peminat yang inginkan lebih lagi.