fbpx

(Gambar) Sekitar Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza

(Sumber Berita & Gambar: mStar Online)

Malam tadi berlangsungnya konsert solo kedua Siti Nurhaliza tahun ini selepas kejayaan konsert ‘SATU’ beberapa bulan lalu.

Tahun ini sahaja, Siti Nurhaliza menjayakan 2 konsert solo & mengikut perancangan, ada dua lagi konsert yang bakal di’jayakan oleh legenda hidup Malaysia ini.

Satu konsert sempena 15 tahun Siti Nurhaliza menjadi anak seni & satu lagi konsert kerjasama bersama M.Nasir.

Konsert Seribu Warna malam tadi di’hadiri kira-kira 9,000 orang & Siti Nurhaliza mendendangkan 12 buah lagu termasuk sebuah lagu Anuar Zain & Faizal Tahir.

“Saya hargai bakat Anuar dan Faizal. Lagu-lagu mereka juga diminati ramai. Ikutkan ramai lagi penyanyi lelaki lain yang terbaik tetapi saya perlu buat pilihan.”

Siti Nurhaliza yang bersyukur konsertnya malam tadi berjalan dengan tenang juga sempat berjenaka dengan wartawan sambil berkata,”Nasib baik tiada yang bakar kerusi”