fbpx

Gambar: Sekitar Konsert Mini Urusan Aizat Amdan, 700 Peminat Terhibur

Hujung minggu lalu, kami di’jemput untuk bersama sama lebih 700 orang peminat & selebriti dalam konsert mini Aizat Amdan di Wisma Bentley, Damansara.

Kesimpulan pendek, kami memang berpuashati dengan konsert mini ini baik dari persembahan Aizat, pemilihan lagu, penataan bunyi & seleksi peminat yang supporting.

Dalam konsert yang berlangsung hampir 2 jam itu, Aizat mendendangkan lagu lagu popular beliau dan juga lagu baru dari album Urusan Aizat Amdan termasuk kolaborasi bersama DJ Fuzz.

Abang kandung Aizat, Anas Amdan di’bawa bersama ke atas pentas sebagai Pengrah Muzik untuk konsert malam itu & Aizat berkata konsert seperti ini adalah impian mereka bersama semenjak kecil.

Ramai juga selebriti jemputan yang hadir memenuhi undangan ke showcase Aizat kali ini, antaranya Dato’ Siti Nurhaliza & suami, Datuk K, Sharifah Aini, Noh Hujan, Mizz Nina, Bunkface & Dafi AF.

Lagi gambar sekitar konsert mini Aizat Amdan selepas ini & jangan lupa beli DVD konsert ini apabila di’jual kelak. Enjoice!