fbpx

Gambar: Sekitar Konsert Jessie J Live In Malaysia, Sunway Lagoon

Jika malam tadi anda hanya duduk di’rumah dan tidak menghadiri konsert Jessie J Live in Malaysia ini sebenarnya anda tidak rugi apa apa. Cuma terlepas satu konsert yang cukup awesome. Heh.

Bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon malam tadi, Jessie J telah berjaya memukau para peminat yang hadir dengan persembahan bertenaga beliau.

Kami sendiri tidak sangka yang Jessie J sebenarnya mempunyai banyak lagi barisan lagu lain yang enak untuk di’dengar lebih lebih lagi secara live sebegini.

Terima kasih kepada Tune Talk yang sudi membawa kami masuk untuk menyaksikan salah satu konsert terhebat tahun ini dan juga kerana bawa Jessie J untuk para peminat di Malaysia.

Dengan kehadiran lebih 10,000 orang, ada kemungkinan Jessie J akan kembali ke Malaysia untuk konsert kedua. Gambar gambar untuk tatapan dan memori anda semua selepas ini. Enjoice!