Awal minggu Sabtu ini, ada baiknya kita mulakan hari dengan sesuatu yang positif tentang dunia hiburan kita.
Sekumpulan artis lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai Hero Malaya di’ketuai Aznil Hj Nawawi ‘bekerja’ untuk Carrefour Wangsa Maju untuk beberapa jam.
Hasil ‘kerahan tenaga’ mereka akan di’bayar ‘gaji’ setimpal yang mana merupakan wang yang akan di’gunakan untuk tujuan kebajikan.
Dalam aktiviti mega pertama mereka kali ini, mereka berjaya memperoleh RM60,000 dari pihak Carrefour Wangsa Maju atas kerja keras mereka.
Wang kebajikan itu akan mereka gunakan untuk membantu menampung kos perubatan rakan artis, Bob Kuman. Bob Kuman turut hadir dalam aktiviti serba meriah itu.
Hero Malaya turut menjalankan aktiviti menjual t-shirt rasmi mereka dan berjaya mengutip hampir RM3,000 dan bakal di’serahkan kepada Bob Kuman sebagai wang saku.
Kami puji sikap kumpulan selebriti ini yang sudi meluangkan masa & tenaga untuk membantu sesama rakan artis. Kami harap selepas ini akan ada lagi aktiviti untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Lagi gambar (hasil tangan ArtisKami.com) selebriti Hero Malaya ketika menjadi ‘pekerja’ untuk Carrefour Wangsa Maju selepas ini.