fbpx

Gambar: Rozita Che Wan, Zain Saidin Selamat Bertunang?

Ingat lagi minggu lalu kisah tentang pertunangan Rozita Che Wan & Zain Saidin yang khabarnya telah dijalankan secara senyap senyap? Zain Saidin berkata beliau belum memutuskan sama ada ingin mengadakan majlis pertunangan tetapi ada merancang.

BACA: Zain Saidin Nafikan Sorok Majlis Merisik, Pertunangan Dengan Rozita Che Wan

Guess what? Kami menerima beberapa gambar lewat petang ini menunjukkan pasangan Rozita Che Wan & Zain Saidin dalam satu majlis tertutup yang di’fahamkan sebagai majlis merisik pihak perempuan merangkap pertunangan mereka.

Majlis secara tertutup itu di’adakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur dan khabarnya hanya dihadiri oleh kaum keluarga rapat selain krew jurugambar yang ditugaskan untuk merakamkan detik indah mereka. Itu sahaja yang kami tahu.

Sumber kami turut berpesan walaupun Rozita Che Wan & Zain Saidin semahunya merahsiakan majlis pertunangan ini, dalan dunia gossip selebriti dinding dewan pun mampu berbisik.

UPDATE-1: Rozita Che Wan memuatnaik gambar berikut melalui akaun Instagram rasmi beliau dan kami ambil ini sebagai majlis yang berlangsung siang tadi memang benar belaka — cuma ini cincin merisik atau bertunang? Apa pun, tahniah buat Rozita Che Wan & Zain Saidin.

Screen Shot 2013-09-29 at 9.20.02 PM

UPDATE-2: Media hari ini melaporkan majlis yang berlangsung semalam merupakan majlis merisik sahaja dan tiada sebarang pertunangan. Dan, pengurus Rozita Che Wan mengesahkan yang pasangan ini akan bernikah pada hujung tahun ini.