fbpx

Gambar: Rania Cakap Tentang Lelaki Malaysia Di Suara Kami 2011

Entri kedua berturut berkaitan sidang media Suara Kami 2011 dan kali ini kami tampilkan Rania. Kenapa artis antarabangsa lagi? Kerana kami bias & tidak patriotik. Ya.

Rania boelh di’katakan sebuah kumpulan baru yang bertapak di Korea dan mula muncul dengan single Dr Feel Good sekitar April tahun ini.

Rania mula di’kenali di Korea selepas khabar mereka bekerjasama erat dengan Teddy Riley mula tersebar. Teddy Riley merupakan penerbit muzik yang pernah bekerja dengan Michael Jackson.

Dalam video temubual yang sempat kami rakamkan, ada hadirin yang bertanyakan soalan ringkas kepada anggota kumpulan Rania — apakah pendapat mereka tentang lelaki Malaysia?

Semua anggota kumpulan baru ini agak malu malu untuk menjawab soalan yang di’lontarkan namun salah seorang mereka ada menyebut yang kita semua handsome & tough. Hmm.

Lagi gambar & video temubual bersama Rania di sidang media Suara Kami 2011 selepas ini. Enjoice!

Gambar & video terima kasih kepada jurugambar penuh dedikasi kami Abdus Fauzi, Adam Noah & Adie Zhafnim. Kami akan terus bekerjasama untuk membawakan yang terbaik untuk anda.