Ingat lagi gambar kontroversi di’atas? Lama senyap Puteri Sarah Liyana kita selepas kontroversi tersebut melanda.

Baru-baru ini, blogger terkenal Malaysia, Budiey ada terserempak dengan pasangan ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pasangan ini hadir sempena pelancaran drama berjudul ‘Dimension’ yang mana Ammar Alfian Aziz turut berlakon.

Tiada apa cerita besar yang pasangan ini boleh khabarkan (contohnya tarikh kahwin) untuk tatapan peminat. Yang ada cuma gambar terbaru mereka berdua — yang lebih sopan.

Gambar-gambar Puteri Sarah Liyana & Ammar Alfian Aziz oleh Budiey selepas ini.