Seperti yang diketahui, Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Mac ini. Difahamkan, majlis resepsi sebelah pengantin lelaki berkenaan bakal diadakan di kampung halaman Aidil di Negeri Sembilan pada 6 April depan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menghitung hari untuk bergelar suami isteri tidak lama lagi, nampaknya pasangan itu berkesempatan mengabdikan kenangan terindah menerusi gambar dan video pra perkahwinan.
BACA: Aidil Aziz, Fasha Sandha Jemput 5,000 Tetamu Ke Resepsi
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan berseri-seri mengenakan busana perkahwinan serba putih.
https://www.instagram.com/p/Buyj0YwBPgq/?utm_source=ig_embed
Pasti ramai peminat yang tidak sabar menantikan majlis pernikahan pasangan tersebut. Bagaimanapun, tarikh pernikahan pasangan itu masih belum diumumkan dan dijangka diadakan penghujung Mac ini di Perlis.