fbpx

Gambar Pra Perkahwinan Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah

Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Azwan Kombos dan juga Ezaty Abdullah kerana bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Julai hadapan. Menurut Ezzaty kepada BH Online, majlis merisik telah pun berlangsung di kediaman keluarganya di Bentong, Pahang, Mac lalu.

BACA: Azwan Kombos: Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang

“Persiapan untuk majlis perkahwinan hampir 100 peratus siap. Cuma ada beberapa masalah kecil seperti urusan kad kahwin dan baju kahwin yang masih diuruskan,” yang turut mengakui sangat selektif mengenai penajaan.

“Kami selektif dalam hal ini, tak mahu dan rasa tak seronok jika semuanya ditaja. Memang ada penaja tapi bukan 100 peratus. Kami pun kena fikir kos yang mereka akan keluarkan. Ada tajaan itu yang kami bayar separuh”

Tambahnya, mereka akan diraikan pada sebelah pagi dalam satu majlis pernikahan dan diikuti dengan persandingan. Kedua majlis itu akan diadakan di Bentong, Pahang dan satu lagi majlis di Kuala Lumpur keesokan harinya. Apa pun, kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar pra perkahwinan mereka baru-baru ini. Enjoice!

Gambar Ihsan: Kaki5Photo