Malam ini Rabecca Nur Islam sah menjadi isteri kepada seseorang.

Jam 9.40 malam tadi, Rabecca Nur Islam selamat di’nikahkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman.


Majlis serba ringkas itu berlangsung di Ukay Perdana dan wang hantaran untuk Rabecca Nur Islam di’rahsiakan.

Majlis pernikahan ini di’hadiri oleh hampir 200 orang yang terdiri dari keluarga & rakan terdekat.

Resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.



Pasangan yang mengumumkan hasrat mereka untuk mendirikan rumahtangga melalui sidang media ini di’jangka berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu bermula 14 Februari ini.

Kredit gambar & berita untuk mStar Online dan juga Umie Aida melalui akaun Twitter beliau, @UmieAida. Ada tips? E-mailkan kepada kami atau melalui Twitter, @rotikaya.