fbpx

Gambar Percutian Che Ta Dan Keluarga Di London

Menurut kenyataan Che Ta sebelum ini, percutian mereka ke kota London ketika ini adalah hadiah kepada anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang bakal menyambut hari lahir pada 1 November nanti.

BACA: Gambar Percutian Che Ta Dan Keluarga Di Sydney

Malah, bermula daripada percutian Che Ta ke Sydney sebelum ini, pelakon tersebut sudah pun mula mengupah jurugambar professional untuk sama-sama mengikuti pasangan ini ke destinasi mereka bercuti.

Selain itu, melalui Metro Ahad hari ini, suami Che Ta, Zain Saidin menjelaskan bahawa apa yang dilakukan Che Ta mungkin tidak digemari semua orang namun dalam masa yang sama, isterinya itu bijak mengawal keadaan.

“Che Ta diletakkan dalam program itu (merujuk kepada AF 2015) untuk menarik perhatian penonton dan saya akui ramai bersetuju kalau saya katakan, dia mempunyai aura dan apa saja yang dilakukan pasti ‘meletup’. Hakikatnya, dia sering menjadi tumpuan umum sama ada dalam situasi baik atau tidak,” katanya. (rtky/s)