fbpx

Gambar Pegang Husky, Nabila Huda Beri Penjelasan Awal-Awal

Bukan mudah bergelar selebriti, setiap tindak tanduk pasti akan diperhatikan dan ada saja serba tak kena di mata netizen. Baru-baru ini, foto yang dimuat naik Nabila Huda bersama seekor serigala baka Husky ketika bercuti di New Zealand menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Nabila awal-awal lagi sudah memaklumkan bahawa dua sudah pun menyamak wajahnya selepas bermain dengan haiwan tersebut.

BACA: Tak Sanggup Jauh Dengan Bapa, Nabila Huda Buang Ego

Status Abil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, namun ada yang mengeluh kerana pelakon itu perlu memberikan penjelasan terlebih dahulu supaya tidak menjadi mangsa serangan netizen.

Nampaknya, Abil terlebih dulu ambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan penjelasan lebih awal, tak ada chance makcik bawang nak serang. Difahamkan, Nabila Huda kini bercuti ke New Zealand bersama ahli keluarganya yang lain.