fbpx

Tak Sanggup Jauh Dengan Bapa, Nabila Huda Buang Ego

Konflik hitam yang melanda pelakon Nabila Huda antara bapanya Amy Search serta ibu tirinya Nourish akhirnya kembali pulih apabila mereka disatukan dalam pertemuan penuh emosi minggu lalu.

Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil ‘Abil’ berharap dapat menghabiskan sisa hidupnya dengan meluangkan masa bersama keluarga lebih-lebih lagi bapanya. Katanya lagi, ini semua berkat doa daripada suami dan rakan-rakan sehinggalah Erma Fatima merancang pertemuan tersebut.

BACA: Erma Fatima Satukan Nabila Huda & Amy Search

“Saya sangat sayang dia. Saya harap dapat habiskan sisa hidup dengan papa. Saya juga tak nak berjauhan dengannya lagi hingga ke akhir hayatnya.

“Ini berkat doa suami, rakan-rakan dan peminat dan akhirnya termakbul hajat saya,” katanya kepada Rotikaya.

Dalam pada itu, Abil turut meminta netizen agar berhenti mengecam ibu tirinya kerana perselisihan faham di antara mereka sudah pun selesai.

Jelas Abil lagi, hatinya terdetik untuk membuang ego pada Nourish kerana tidak mahu bersangka buruk selepas menerima pesanan ringkas daripada ibu tirinya itu.

“Kenapa saya nak kena fikir jahat orang saja? Itu lumrah manusia hanya nampak keburukan tapi bukan kebaikan,” ujarnya.