fbpx

Gambar: Nurul Ain Nordin Kini Tunang Orang, Sorok Majlis Pertunangan?

Filem pertama arahan pengarah muda ini akan keluar Khamis ini dan ada cerita baru yang menarik timbul akan empunya nama Nurul Ain Nordin ini. Kisahnya aktress & pengarah ini sudah bergelar tunangan orang.

Nurul Ain Nordin di’khabarkan telah bertunang dengan seorang pemain bola sepak dan mereka telah berkenalan sejak sekolah lagi dan bakal melangsungkan pernikahan sekitar tahun hadapan.

Namun majlis pertunangan mereka berdua tidak di’hebahkan kepada peminat dan media mungkin kerana memegang prinsip yang pertunangan tidak perlu di’sebarkan atau sekadar menjaga saham diri sendiri?

Dalam pertemuan bersama media beberapa kali sebelum ini, Nurul Ain Nordin tidak menafikan yang dirinya sudah berpunya tetapi tidak pula beliau memaklumkan yang beliau sudah bergelar tunangan orang.

Berikut merupakan gambar ihsan portal hiburan BuahMulut.com & tahniah yang terlambat buat Nurul Ain Nordin juga pasangan. Jangan lupa jemput kami bila majlis pernikahan berlangsung nanti. Eh.