Gambar: Nicholas Saputra Gandingan Tiz Zaqyah Untuk Iklan RayaNampaknya ‘perang’ iklan raya Aidilfitri tahun ini seakan baru bermula. Namun sehingga kini selamat untuk di’kata yang iklan Bernas masih mendahului yang lain.

Masih ingatkah anda akan Nicholas Saputra yang memegang watak idaman ramai gadis di’dunia nyata dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? Ya, jejaka bernama Rangga.

Tiz Zaqyah melalui Facebook beliau berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan bintang Indonesia itu kini sedang berada di Malaysia untuk penggambaran.

Namun, kedatangan Nicholas Saputra bukan untuk berlakon drama atau filem, tetapi ia’nya satu sessi pengambaran sebuah iklan baru bersempena kedatangan Aidilfitri.

Tidak dapat di’pastikan keluaran siapa tetapi iklan raya ini turut melibat Tiz Zaqyah, Fatimah Abu Bakar & juga Sam Bunkface.

Pasti menarik hasil iklan raya Aidilfitri yang bakal keluar nanti. Sementara itu, nikmati gambar hasil ‘curi’ kami dari Facebook rasmi Tiz Zaqyah. Enjoice?