Satu lagi entri berkaitan Neelofa dan beliau sendiri sebenarnya harap anda tidak bosan dengan kisah kontroversi beliau.

Baru baru ini, ada gossip yang berlegar dalam industri hiburan yang mengatakan Neelofa kini sedang mencuba hati dengan pemain bola sepak malaysia.

Mencuba hati itu lebih kurang maksudnya dengan sessi berkenalan sebelum serius, ya, rekaan genius kami sendiri.

Kami berkesempatan bertemu si empunya badan di majlis sidang media resepsi Ezlynn & Adam tempoh hari dan mengajukan soalan berkaitan gossip bersama pemain bola sepak itu — Neelofa lantas menafikan yang beliau punyai apa apa hubungan dengan mana mana pemain bola sepak.

“Saya pun tidak tahu bagaimana kisah ini boleh keluar — saya tidak kenal mana mana pemain bola sepak Malaysia. Tentang Nazmi Faiz pun, saya bertanya kepada mereka di Twitter”

“Salah satu sebab mungkin kerana niat saya untuk belanja makan malam skuad Harimau Muda kita yang terpaksa di’batalkan atas sebab sebab tertentu,” ujar Neelofa yang kelihatan anggun hari itu.

Dalam majlis sama, Neelofa turut meluahkan rasa bersyukur di’beri peluang untuk menjadi pereka kasut perkahwinan Ezlynn dengan kerjasama Rafflesia dan berharap ini merupakan batu loncatan terbaik untuk perniagaan kasut beliau.