fbpx

Gambar: Nana AF Beri Tips Kekal Tubuh Badan Cantik Untuk Wanita

Kami sebenarnya keliru sama ada mahu memanggil Nana Mahazan ini sebagai Nana AF  atau Nana Hot FM kerana nama Nana terlalu umum dan apa sebenarnya aktiviti Nana Mahazan kini sebenarnya?

Yang kami tahu, beberapa hari lepas, Nana ada menulis sebuah artikel blog panjang lebar tentang tips pemakanan & jaga badan yang beliau amalkan.

Kalau kita perhatikan betul betul, Nana memang antara selebriti yang benar benar menjaga penampilan walaupun kini sudah berkahwin & mempunyai seorang anak.

Antara fakta menarik yang dapat kami tarik dari tulisan Nana ialah beliau berhenti makan kulit ayam semenjak Tingkatan 2 kerana takutkan kanser payudara.

Nana juga bukan seorang yang sukakan aktiviti bersukan namun suka bersenam sebagai salah satu cara untuk mengekalkan bentuk badan yang beliau miliki selama ini.

Penyampai radio sambilan ini juga berkata beliau sudah berhenti pergi ke gym semenjak anak sulung beliau, Althea lahir & menyamakan aktiviti menjaga Althea sama impaknya dengan aktiviti di gym.

Kalau berminat untuk mengetahui lebih lanjut teknik teknik menjaga pemakanan & aktiviti yang Nana lakukan untuk kesihatan, boleh baca blog rasmi Nana Mahazan. Enjoice!