fbpx

Gambar: Melissa Saila Kini Bertudung

Gambar: Melissa Saila Kini BertudungAgak lama juga sejak kali terakhir ada kisah selebriti yang berhijrah atau mula bertudung. Dan, hari ini media melaporkan Melissa Saila terbuka hati untuk berhijab.

Menurut laporan Kosmo! hari ini, Melissa Saila telah mengambil keputusan untuk mengenakan tudung secara tetap semenjak Jun 2012 & ia sebenarnya awal dari niat asal.

“Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula memakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati terlebih awal”

Melissa Saila turut menyebut yang jika tidak sekarang, bila lagi perlu beliau lakukan perkara wajib ini sedangkan usia beliau sudah pun mencecah 40 tahun ketika ini.

Dalam temubual yang sama, Melissa Saila mengaku yang beliau terkilan dengan segelintir penerbit yang menganggap beliau sudah tidak berminat untuk berlakon sekarang ini.

“Ada juga rasa terkilan sebab mereka tidak panggil lagi saya untuk berlakon. Saya masih seorang pelakon,” ujar beliau yang kini semakin sibuk menguruskan produksi sendiri.

Gambar Ihsan: Berita Harian & Kosmo!